Tular di media sosial akan ragam dua kanak-kanak Brazil yang bertelingkah ketika menyambut ulang tahun kelahiran. Punca utama pertelingkahan hanyalah kerana berebut meniup lilin. Namun, gelagat dua beradik ini telah mendapat perhatian seluruh dunia.
Maria Antonia yang merupakan kakak sulung bagi dua beradik itu, telah mengusik adiknya, Angered dengan meniup lilin si bongsu itu. Tiba-tiba, Angered memberi tindak balas spontan dengan menarik rambut kakaknya itu.

Selepas kejadian tersebut tular, dua beradik ini telah dijemput hadir oleh pihak produksi bagi salah sebuah program televisyen. Namun, tujuan pihak produksi menjemput kanak-kanak ini adalah untuk memberi kejutan. Mereka menyediakan sebuah kek yang dihiasi 500 batang lilin di atasnya, untuk ditiup oleh Maria dan Angered.
“Itu hubungan saudara perempuan. Satu jam mereka menampar, kemudian berpelukan…”
– Aureluk
Menurut ibunya, pergaduhan ini hanyalah perkara biasa bagi adik beradik. Tambahan pula, mereka hanyalah kanak-kanak kecil yang belum matang dalam membuat sesuatu keputusan.

Bagaimanapun, menurut Aureluk, ibu kepada dua puteri itu memberitahu bahawa kedua-dua anaknya itu sebenarnya sangat rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain.
That little girl was about to beat her ass fr. 😂 pic.twitter.com/lJ4hKuVWgX

![Muzik Video Raih 2 Juta, Iman Troye Tak Sangka Lagu ‘Teman’ Dapat Sambutan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/music.jpeg)
![“Semoga Abah Gembira Ada Rumah Sendiri” – Ajak Shiro Bina Rumah Untuk Ayahnya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/architecture.jpeg)

