‘Doakan yang terbaik buat kami’ – Elizad selesai jalani ‘embryo transfer’

27 Oct 2020 • 2:28 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin, berkongsi telah selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ dalam usaha untuk hamil.

Embryo transfer’ atau pemindahan embrio merupakan satu proses dalam sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) di mana embrio yang sudah berkembang dimasukkan ke dalam uterus.

Menurut selebriti berusia 36 tahun itu, dia berharap proses tersebut berjaya dan menyerahkan segalanya kepada rezeki ALLAH SWT.

“Alhamdulillah syukur, baru selesai ‘embryo transfer’ hari ini (semalam). Semuanya berjalan lancar. Doakan yang terbaik buat kami.

“Nervous tunggu result akan datang nanti. Hanya mampu berdoa. Moga-moga adalah rezeki kami berdua. Selebihnya, kami hanya berserah padamu ya Allah.

“Terima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantu tadi. Tak tahu nak gambarkan pengalaman tadi,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.

Pelakon Jalan Sesat Ke Syurga itu, sebelum ini mengumumkan akan berehat seketika mengacarakan program bual bicara Mingguan Wanita demi menjalani rawatan IVF.

Elizad yang mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman sejak 2015, namun belum dikurniakan cahaya mata.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdullillah syukur , baru selesai “ Embryo Transfer “ hari ni .

image is not available
Semuanya berjalan lancar . Doakan yg terbaik buat kami ya image is not availableimage is not availableimage is not available Nervous tgu result akan dtg nnt . Hanya mampu berdoa . Moga2 adalah rezeki kami berdua , Selebihnya , kami hanya berserah pada Mu Ya Allah . Terima kasih Dr @dr.azlin @sophea_fertility & semua nurse yg byk membantu menenangkan saya tadi . Tak tau nak gambarkan pengalaman tadi . image is not available #elizadivfjourney #countingdays #embryotransfer

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

 

 

The post ‘Doakan yang terbaik buat kami’ – Elizad selesai jalani ‘embryo transfer’ appeared first on Sinar Plus.