Laman perbankan utama negara iaitu Maybank2u dan CIMBClicks hari ini difahamkan sedang menghadapi masalah teknikal untuk diakses.
Perkara tersebut disahkan kedua bank namun tiada penjesalan lanjut mengenai punca kejadian
Maybank menerusi satu kicauan balas kepada seorang pengguna Twitter memaklumkan sedang berusaha untuk mengatasinya, dan memastikan ia beroperasi seperti biasa kembali.
“Gangguan sementara untuk akses aplikasi Maybank & Maybank 2u
Hi. Kesulitan yang dialami amat kami kesali. Untuk makluman, kami mengalami gangguan sementara yang tidak dijangka untuk akses aplikasi Maybank MY dan laman web Maybank2u buat masa ini.
Hi. Any inconvenience is much regretted. Please be informed that we are experiencing intermittent for Maybank App and Maybank2u website access at the moment.
Manakala CIMB pula buat membuat pengumumkan mengenai perkara berkenaan di laman webnya dan meminta pengguna untuk melakukan sebarang transaksi di aplikasi CIMBClicks mereka.
“Cimb boleh diakses menerusi aplikasi CIMBClicks” – CIMB

Gangguan ini difahamkan turut menyebabkan fungsi FPX kedua bank ini tidak dapat diaktifkan
Dua2 maybank2u & Cimb down 😟 pic.twitter.com/Z08tQmxHXT
Bank lain turut mengalami perkara sama
Dalam pada itu beberapa orang pelanggan perbankan lain seperti Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Islam turut memaklumkan yang mereka juga berhadapan dengan situasi sama.
bank islam dari pagi tadi takleh bukak🙂
Bsn down


