“Banyaknya majlis dia pi” – Netizen Kecewa Dr Zul Tak Kuarantin, Jumpa Ramai Orang & Ada Tahnik Bayi Kembar!

LocalPolitics
6 Oct 2020 • 3:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Banyaknya majlis dia pi” – Netizen Kecewa Dr Zul Tak Kuarantin, Jumpa Ramai Orang & Ada Tahnik Bayi Kembar! appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Semenjak berita tentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19 tular di internet, ramai rakyat Malaysia bersuara dan menyatakan ketidakpuasan hati masing-masing terhadap beliau.

Rata-ratanya akui sangat kecewa dengan Dr Zul yang selama ini sering dijadikan rujukan serta antara menteri yang ‘clean’ daripada isu-isu panas.

 

Pergi banyak tempat sejak pulang dari Sabah

Melalui Facebook, Dr Zul sendiri dedahkan yang beliau ada menghadiri banyak majlis sejak 24 September hingga Ahad lepas, 4 Oktober. Beliau meminta agar sesiapa yang menghadiri majlis dihadirinya untuk menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 secepat mungkin.

Beliau dilaporkan menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara yang membincangkan tentang Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya yang turut dihadiri Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta menteri kabinet yang lain pada 3 Oktober lepas.

 

Sampai trending di Twitter

Sejak semalam, nama Dr Zul menjadi trending di Twitter selepas ramai netizen meluahkan rasa marah, kecewa dan tidak puas hati kerana beliau tidak menjalani kuarantin seperti yang diwajibkan.

Melalui Twitter peribadinya juga, beliau turut berkongsi ke tempat-tempat atau majlis yang dihadirinya. Lebih membimbangkan netizen, antara majlis-majlis dihadiri Dr Zul ada beberapa di antaranya turut dihadiri oleh kanak-kanak!

 

Ada tahnik bayi kembar!

Menurut seorang pengguna Twitter, sebelum disahkan positif Dr Zul ada menghadiri majlis dan ketika itu sepasang suami isteri sanggup ke lokasi tersebut untuk meminta beliau tahnik bayi kembar mereka berusia 1 minggu.

Difahamkan, suami isteri itu sanggup datang dari Taman Melawati, KL ke sebuah surau di Bandar Baru Bangi untuk proses tahnik bersama Dr Zul itu.

Malah, perkongsian seorang wanita yang hadir di majlis berkenaan mendapat perhatian ramai di Facebook dan Twitter di mana rata-ratanya menyatakan kebimbangan terhadap bayi kecil tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Allahu… Harap bayi tu dijauhi virus Covid-19 ni…

Baca: Senarai Tempat Dikunjungi Datuk Dr Zulkifli Sejak 24 September, Orang Ramai Diminta Buat Ujian Saringan COVID 19 Jika Hadiri Ke Majlisnya

image is not available

Twitter

Twitter

Twitter

The post “Banyaknya majlis dia pi” – Netizen Kecewa Dr Zul Tak Kuarantin, Jumpa Ramai Orang & Ada Tahnik Bayi Kembar! appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.