JIKA sebut pasal bakat seni, tak semua orang dianugerahkan memilikinya.
Bakat menyanyi khususnya, bukanlah boleh dibeli, ia datang secara semula jadi kepada insan terpilih.
Bertuah kan? Begitu juga dengan seorang lelaki ini apabila dia berkebolehan meniru lebih daripada 10 penyanyi di negara kita!
Menerusi video yang dikongsinya semalam melalui laman Twitter @amsyar_leee, rata-rata warganet kagum dan terhibur dengan suara lunaknya itu.
Dengan penuh santai, dia meniru suara penyanyi tanah air seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Elizabeth Tan, Shila Hamzah dan Ning Baizura serta beberapa artis lagi.