Order Kucing Savannah, Tapi Yang Sampai Anak Harimau

16 Oct 2020 • 8:31 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Hasrat sepasang suami isteri untuk membela kucing baka Afrika atau lebih dikenali sebagai Savannah Cat, punah apabila ditipu oleh penjual secara dalam talian.

Sebelum ini, pasangan yang berasal dari Le Harve, Perancis dilaporkan pernah membuat pembelian terhadap kucing terbabit setelah mengakui tertarik dengan iklan yang dilihat menerusi online, kira-kira dua tahun yang lalu.

image is not available

Tambah pula, mereka membayar sebanyak £7,000 (RM34,276) kepada penjual berkenaan secara atas talian ke atas kucing tersebut secara sah.

Mereka terlihat sanggup membelanjakan wang sebanyak itu demi untuk merealisasikan impian mereka selama ini.

image is not available

Namun, mereka mula meragui akan identiti kucing tersebut setelah beberapa hari menerimanya.

Mereka yang terkejut setelah mendapat tahu bahawa identiti tersebut merupakan anak harimau Sumatera yang diancam kepupusan.

image is not available

Susulan kes itu, pihak berkuasa Perancis telah menangkap seramai sembilan individu yang dipercayai melakukan operasi pemerdagangan harimau berkenaan.

Dalam pada itu, anak harimau berkenaan kemudian diserahkan ke Pejabat Biodiversiti Perancis untuk tindakan seterusnya.