Mesti ramai yang mula rasa bosan duduk di rumah masa PKPB ini, kan? Kalau sebelum ini waktu PKP ada saja resepi-resipi yang dikongsikan menerusi media sosial.
Kali ini, apa pulak resipi yang nak dikongsikan? Dah berapa resipi korang berjaya buat sepanjang duduk dekat rumah tu?
Mari sini kami cadangkan cuba resipi ini, air blended. Lepas ini, kalau rasa teringin nak minum air mahal macam Starbucks atau mana-mana coffee restaurant, dah tak perlu sebab korang dah boleh buat sendiri dekat rumah dan jimat lagi.
Resipi ini dikongsikan oleh Mohd Fadzli menerusi page Masak Apa Hari Ni (MAHN). Jom kita intai sikit cara membuat air blended.
Bahan-bahan yang diperlukan:

- Ais

2.Susu coklat

3. Chocolate chip
Cara penyediaan air blended:

- Masukkan semua bahan (susu coklat, chocolate chip dan ais) ke dalam bekas pengisar dan kemudian kisarkan sehingga sebati.
- Kalau korang nak tambah topping, korang boleh letak whipping cream.

Kalau nak tahu rasa dia macam ala-ala Choc Cream Chip dari Starbucks. Tapi, kalau nak rasa Java Chip (Mocha) korang bolehlah tambah café latte juga.
Selamat mencuba! Kalau ada resipi yang korang nak kami kongsikan, korang boleh komen atau email terus kepada kami.


![Ibu Neelofa Panjat Rasa Syukur Anaknya Kini Berniqab [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)