Pukul Diri Sendiri, Tumbuk Lantai Antara Cara Tingkatkan Motivasi Diamalkan Sebuah Syarikat Di China

30 Oct 2020 • 10:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post Pukul Diri Sendiri, Tumbuk Lantai Antara Cara Tingkatkan Motivasi Diamalkan Sebuah Syarikat Di China appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Kebiasaannya apabila memasuki alam pekerjaan, syarikat akan menyediakan latihan bagi memastikan pekerjanya mempunyai kemahiran yang diperlukan bersesuaian dengan persekitaran tempat kerja.

Tentulah setiap latihan berbeza bagi setiap sektor, tapi sebuah syarikat perabot di  Dongguan, selatan China dikatakan menjalankan aktiviti latihan yang sangat ‘unik’.

Sewaktu menjalankan latihan, pekerja dikatakan menghukum diri mereka berulang kali, sehingga ada yang bertindak menampar diri sendiri, memukul badan serta menumbuk-numbuk ke bahagian lantai.

Ini latihan ke rusuhan?

 

image is not available

 

Lantaran itu, video berdurasi 33 saat yang mula tular di laman sosial Weibo ini membongkar situasi yang berlaku iaitu pekerja syarikat perabot itu sedang menjalani latihan yang dikatakan dapat membantu meningkatkan prestasi jualan.

Video tersebut menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita berpakaian hitam berdiri di hadapan pelatih masing-masing dan apabila giliran tiba, mereka mula menunjukkan ‘aksi’ masing-masing.

Seorang pekerja menarik perhatian ramai apabil dia dilihat memukul dirinya berkali-kali, selain turut menanggalkan baju yang dipakai dan dihempaskan ke lantai beberapa lagi. Lelaki tersebut turut menumbuk ke arah langit dalam situasi yang sama.

Mungkin semangat sangat kot…

 

image is not available

 

Penularan itu bagaimanapun telah mendatangkan reaksi orang ramai, kerana kejadian majikan mengambil kesempatan ke atas pekerja  kerana tidak mencapat target jualan bukanlah sesuatu yang baru.

Akhirnya syarikat tersebut tampil menerangkan situasi yang berlaku iaitu segala ‘aksi’ yang dilakukan oleh pekerja mereka adalah dengan rela hati dan bukan dipaksa oleh pihak syarikat lapor DailyMail.

Menurut pengurus produk mereka, Zhang Min, Latihan itu juga dijalankan dengan melantik agensi dari luar bagi meningkatkan motivasi diri dalam kalangan pekerja.

Walaupun, penjelasan tersebut tidak dapat menyelamatkan syarikat tersebut daripada berhadapan dengan siasatan.

Nak naikkan sale tu baguslah, tapi setiap perkerjaan kan perlu adab nak lakukannya…

Baca : Tiupan ‘Debu Beracun’ Dari China, Korea Utara Arah Penduduk Tidak Keluar Rumah

image is not available

Daily Mail

Daily Mail

The post Pukul Diri Sendiri, Tumbuk Lantai Antara Cara Tingkatkan Motivasi Diamalkan Sebuah Syarikat Di China appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.