Selangor Peruntuk RM2 Juta Untuk Membantu 3000 Generasi Muda Mencari Pendapatan Melalui Perkhidmatan Seru-Pandu

TechnologyDigital
30 Oct 2020 • 5:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Melalui Belanjawan Selangor 2021, kerajaan negeri kini mengumumkan untuk meneruskan Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).

Melalui inisiatif yang ditujukan kepada trend ekonomi gig ini, kerajaan negeri akan peruntukkan sebanyak RM2 juta.

Langkah ini sekaligus membantu sekitar 3000 generasi muda dalam terus mencari pendapatan sebagai pemandu dalam perkhidmatan seru-pandu.