‘Doakan saya…’ – Neelofa kini sudah berniqab

15 Oct 2020 • 4:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

TEKA-teki mengenai penampilan terbaharu pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor yang sudah berniqab atau berpurdah, akhirnya terjawab.

Neelofa, 31, menerusi satu kenyataan hari ini meminta agar semua pihak mendoakan perjalanan baharunya ini.

“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqomah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi. Insya-ALLAH, semoga kita sentiasa dilindungi ALLAH dan selalu berada dalam rahmat dan ehsan-Nya,” ujarnya.

Sementara itu, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed menerusi Instagramnya turut melahirkan rasa syukur dengan pilihan dan penampilan anaknya itu.

“Masya-Allah. Ya Allah, tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniaan-Mu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku. Seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia.  Love you bidadariku Neelofa,” tulisnya bersama sepotong video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

View this post on Instagram

MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dgn karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang bnyk mengajarku, yang menjadi inspirasiku.. Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yg kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yg terbaik untuk ku , seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia.. amiiinnn Love you bidadariku @neelofa

image is not available
#anakluarbiasa

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on

The post ‘Doakan saya…’ – Neelofa kini sudah berniqab appeared first on Sinar Plus.