Samsung Galaxy S21 Ultra Dilaporkan Akan Menggunakan Skrin 2K + 120Hz

TechnologyDigital
10 Nov 2020 • 11:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S20 adalah siri peranti mercu yang menggembirakan hati ramai orang. Ini kerana, spesifikasi peranti ini serba lengkap dengan kamera yang baik, skrin 120Hz, panel AMOLED yang cantik, perlindungan IP68 dan banyak lagi. Untuk Galaxy S21 Ultra kelak, ia akan menjadi lebih pantas.

Pantas bukan hanya kerana cip pemprosesan, tetapi skrin juga akan menjadi lebih puas. Galaxy S21 Ultra mungkin akan menggunakan skrin 120Hz dan boleh ditetapkan pada resolusi 2K. Selama ini peranti-peranti Samsung, 120Hz terhad kepada resolusi FHD+ sahaja. Kali ini resolusi berganda dengan pengalaman yang pantas, lancar dan lebih mengasyikkan.

Apa yang tidak pasti adalah, adakah Samsung akan membawakan ciri 120Hz yang adaptif bagi memanjangkan hayat bateri? Atau 120Hz + 2K itu adalah tetapan tetap dan kekal? Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved