Markah Penanda Aras Snapdragon 875 Tertiris – 34% Lebih Berkuasa Berbanding Snapdragon 865+

TechnologyDigital
2 Nov 2020 • 10:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip Snapdragon 875 akan dilancarkan pada Disember hadapan oleh Qualcomm dan ia merupakan cip pertama oleh mereka menggunakan teknologi 5nm. Ia amat dinantikan kerana diharap dapat memberikan persaingan kepada Apple A14 Bionic dan juga Exynos 2100 yang juga belum dilancarkan.

image is not available

Markah penanda aras Antutu untuk cip Snapdragon 875 menggunakan nama kod Lahaina telahpun tertiris hujung minggu lalu. Menakjubkan sekali ia mencatatkan 847,968 markah berbandingan 629,245 markah yang dicatatkan oleh Snapdragon 865+. Ini adalah peningkatan sebanyak 34% berbanding cip paling berkuasa untuk Android setakat ini.