[Video] Rumah Di Sempadan 2 Negara! Ruang Tamu Di Indonesia, Dapur Pula Di Malaysia

30 Nov 2020 • 11:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post [Video] Rumah Di Sempadan 2 Negara! Ruang Tamu Di Indonesia, Dapur Pula Di Malaysia appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Seperti yang korang tahu, Malaysia dan Indonesia merupakan dua buah negara yang berjiran dan terletak berhampiran antara satu sama lain.

Sempadan dua buah negara ini antaranya terletaknya di sempadan Borneo-Kalimantan di mana Borneo di Sabah adalah milik Malaysia, manakala Kalimantan pula adalah milik Indonesia.

 

Rumah ‘unik’ bina atas dua sempadan negara

Mungkin ada antara korang yang masih belum tahu tentang kewujudan sebuah rumah ‘unik’ ini dimana tapak rumahnya itu terbahagi kepada dua perbatasan negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh @hanif.r89, rumah ‘unik’ itu terletak di Pulau Sebatik yang merupakan sebuah pulau di pantai Timur Borneo yang terbahagi kepada dua bahagian.

Di bahagian utara Pulau itu adalah milik Sabah, Malaysia manakala di bahagian selatannya pula adalah milik Kalimantan Utara, Indonesia.

image is not available

 

Ruang tamu di Indonesia, dapur di Malaysia

Rumah itu dikatakan lain dari yang lain disebabkan bahagian ruang tamu rumahnya terletak di Indonesia manakala bahagian dapurnya pula terletak di Malaysia.

image is not available

image is not available

image is not available

Wow, hari-hari rentas negara. 

Menerusi video tersebut, pintu luar rumah itu juga turut dicat dengan warna merah dan putih yang mewakili negara Indonesia. Di bahagian dapur pula dipasang bendera Jalur Gemilang yang gah berkibar menandakan kawasan itu berada di wilayah Malaysia.

@hanif.r89

di uploud ulang, akun yg gw duetin keblokir #EnaknyaKemana #perbatasanindonesiamalaysia #malaysia #indo #indonesia #foryoupage #fyp #fypシ

♬ original sound – hanif.r89 – hanif.r89

 

Hari-hari ‘melancong’ ke luar negara

Video ini berjaya meraih perhatian netizen apabila berjaya ditonton lebih daripada 2 juta kali dan mendapat lebih daripada 350,000 likes. Rata-rata netizen meluahkan pendapat bahawa Malaysia dan Indonesia merupakan negara serumpun yang berjiran antara satu sama lain.

Ada juga netizen yang berseloroh mengatakan pemilik rumah tersebut beruntung kerana boleh ‘melancong’ ke luar negara setiap hari.

image is not available

image is not available

image is not available

Hmm min terfikir jugak hari-hari kena cop passport jugak ke?

Baca: “Sempadan tak lagi bolos” – PGA Kerah Unit Berkuda, Udara & Perisai Kawal Sempadan Negara, Komando VAT69 Turut Serta image is not available

TikTok @hanif

TikTok @hanif

TikTok @hanif

TikTok

TikTok

TikTok

The post [Video] Rumah Di Sempadan 2 Negara! Ruang Tamu Di Indonesia, Dapur Pula Di Malaysia appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.