Twitter Memperkenalkan Ciri Seumpama “Stories” Untuk Semua Pengguna, Dinamakan Fleets

TechnologyDigital
17 Nov 2020 • 9:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter hari ini mengumumkan pengenalan ciri Fleets kepada semua pengguna seluruh dunia, sekaligus membawa kepada penawaran ciri seumpama “Stories” mereka tersendiri.

image is not available

Seperti ramai sedia maklum, pelbagai perkhidmatan sosial telah memperkenalkan ciri “Stories” dalam memudahkan perkongsian teks, gambar dan juga video. Ia seterusnya akan hilang selepas tempoh 24 jam – sekaligus menjadikannya salah satu kaedah untuk memastikan pengguna sering aktif pada platform berkenaan.

Fleets mmenawarkan ciri yang lebih kurang sama, memudahkan anda menambah teks, gambar dan video pada perkongsian “Fleets”, dan ia akan hilang selepas tempoh 24 jam. Pengguna juga turut boleh berkongsi Tweet dalam Fleets.

Ciri baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Twitter seluruh dunia bermula hari ini.