Disney+ Kini Mempunyai 73 Juta Pelanggan

TechnologyDigital
13 Nov 2020 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DIsney+ telah mengumumkan ia kini mempunyai 73.7 juta pelanggan berbayar sehingga penghujung September 2020. Ini adalah peningkatan 21% berbanding 60.5 juta langganan pada awal Ogos lalu. Secara keseluruhan platform penstriman milik Disney iaitu Disney+, Hulu dan ESPN+ kini mempunyai 120 juta pelanggan berbayar.

Jumlah pelanggan Disney+ meningkat mendadak berbanding hanya 10 juta semasa dilancarkan setahun yang lalu. Ia masih lagi di belakang Netflix yang mempunyai lebih daripada 192 juta pelanggan pada penghujung Julai 2020. Wabak Covid-19 tidak menjejaskan perkhidmatan penstriman.

Hampir kesemua perkhidmatan berjaya mencatatkan peningkatan di luar jangkaan. Satu-satunya perkhidmatan yang gagal ialah Quibi yang hanya mempunyai 45,000 pelanggan tahun ini sebelum akan menggulung tikar pada Disember ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved