ARM Mengumumkan CPU Cortex A78C Untuk Komputer Riba

TechnologyDigital
6 Nov 2020 • 8:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Senibina ARM kini menjadi asas kepada cip yang digunakan pada telefon pintar dan tablet. Ia akan meletus tahun ini kerana Apple akan menggunakan cip kenderi berasaskan ARM untuk komputer riba mereka hanya beberapa hari sahaja lagi. Sebelum ini ARM ada menghasilkan cip untuk komputer riba Windows seperti Snapdragon 8CX cuma kurang digunakan secara meluas. Semalam mereka mengumumkan cip ARM Cortex A78C terkini untuk penggunaan komputer riba.

image is not available

Cip ini masih lagi berasaskan Cortex A78 yang diumumkan awal tahun ini. Perbezaan hanyalah dengan Cortex A78C, sehingga lapan teras besar boleh digunakan pada sebuah cip pemproses dengan cache L3 pula mencecah 8MB. Ini berbeza dengan pemproses telefon pintar yang menggunakan konfigurasi big.Little iaitu gabungan cip teras besar dan teras kecil A55 misalnya

image is not available

Dengan pengenalan Cortex A78C, ARM membuka jalan kepada komputer riba yang lebih berkuasa dengan capaian Internet 5G sepanjang masa setanding dengan yang dinikmati pada telefon pintar.