Raspberry Pi 400 Ialah Sebuah Papan Kekunci Dengan Komputer Terbina

TechnologyDigital
2 Nov 2020 • 5:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Raspberry Pi boleh dikatakan sebuah komputer didalam rekaan yang sangat padat, dan sering digunakan untuk pelbagai jenis projek yang memerlukan kepintaran sebuah CPU yang boleh diubahsuai dengan mudah.

Keluaran Raspberry Pi sendiri, Raspberry Pi 400 ialah sebuah komputer Raspberry Pi yang dimuatkan didalam rangka sebuah papan kekunci padat yang tidak memakan sebarang ruang diatas meja anda.

image is not available

Didalamnya ialah sebuah modul Raspberry Pi 4 yang hadir dengan memori DDR4 sebanyak 4GB bersama-sama dengan palam I/O seperti dua palam micro-HDMI yang menyokong paparan dengan resolusi sehingga 4K dan 60FPS, dua palam USB 3.0 dan satu palam USB 2.0.

image is not available

Ia turut dilengkapi dengan sebuah slot untuk storan MicroSD untuk memasang sistem operasi dan storan tambahan yang boleh menjadikan papan kekunci ini sebuah pusat media hiburan di rumah.

image is not available

Untuk sambungan Internet dan nirwayar, Raspberry Pi 400 ini juga dilengkapi dengan satu palam RJ-45 bersama-sama dengan sokongan untuk Bluetooth 5.0 dan sokongan untuk internet WiFi 802.11ac. Ia juga dilengkapi dengan sokongan palam GPIO untuk pembangun peranti-peranti kecil.

Papan kekunci Raspberry Pi 400 ini sudahpun boleh dibeli melalui laman web mereka bermula hari ini melalui laman web Cytron Marketplace pada harga RM465.