Majlis Keselamatan Negara hari ini telah menerbitkan panduan ringkas untuk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Yang akan dilangsungkan untuk seluruh Semenanjung Malaysia – kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.
Dibawah peraturan baharu, beberapa perkara berubah bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020.

Salah satunya adalah berkenaan degan perkhidmatan teksi dan seru-pandu yang dibenarkan beroperasi antara 6 pagi sehingga 12 tengah malam, dan membawa maksimum 2 orang penumpang.
Pada masa yang sama, MKN turut emngumumkan perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam sepanjang tempoh PKPB ini.
Ia tidak diketahui lagi bagaimana perkhidmatan ini akan beroperasi – sama ada melalui dapur setempat atau sebaliknya, memandangkan restoran dan kedai makan hanya dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam sahaja.
Baca : Ini Adalah Waktu Operasi Perniagaan Dan Perkhidmatan Sepanjang PKPB
Baca : Senarai Perkhidmatan Dan Perniagaan Yang Tidak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKPB
