The post “Khas buat si paranoid” – Jenama Mewah Rusia Tawar iPhone 12 Pro Tanpa Kamera Dengan Harga RM22,400 appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.
Telefon pintar keluaran Apple sering mendapat sambutan hangat daripada seluruh dunia, meskipun harganya yang kadang-kala terlalu mahal. Antara sebab utama iPhone menjadi pilihan pengguna adalah kualiti kameranya yang bagus dan perisian komputer yang cekap.
Namun, masih ada segelintir kelompok kecil di dunia ini yang tidak mahu teknologi kamera pada telefon pintar mereka. Untuk menyelesaikan isu ini, sebuah jenama mewah Rusia, Caviar ada jalan penyelesaiannya untuk anda.
Baru-baru ini, Caviar ada melancarkan iPhone 12 Pro edisi khas khusus untuk mereka yang mementingkan privasi dan mahukan telefon pintar tahan lasak. Keluaran edisi khas yang digelar Stealth ini menggunakan titanium sebagai bahan tambahan kepada badan iPhone 12 Pro.

Kamera belakang telefon pintar ini dibuang, manakala kamera hadapan pula ditutup dan digantikan dengan kamera inframerah TrueDepth untuk tujuan pengimbasan muka.
Berikut adalah ciri iPhone 12 Pro Stealth dan iPhone 12 Pro Stealth Gold :

Harga untuk iPhone 12 Pro edisi khas ini agak berbaloi dengan ciri khas yang ada padanya. Untuk iPhone 12 Pro Stealth dengan penyimpanan 128GB, Caviar menawarkan harga serendah RM20,259. Manakala, harga untuk iPhone 12 Pro Stealth Gold dengan penyimpanan 128GB adalah RM22,400.
Buat anda yang mahukan privasi dan khuatir digodam, iPhone 12 Pro edisi khas ini pastinya sesuai buat anda. Caviar menawarkan penghantaran percuma dan hanya 99 model sahaja yang dikeluarkan. Beli cepat!
Sumber: GSM Arena
BACA: Mengapa Papan Kekunci Disusun Secara QWERTY Dan Bukannya ABCDE?
Sumber: Caviar Sumber: Caviar Sumber: Caviar Sumber: Caviar