Pertunjukan fesyen tema pandemik di China, model sarung PPE jadi perhatian

Women's Fashion
10 Dec 2020 • 5:10 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SELEPAS dikatakan punca berlakunya penularan wabak Covid-19 di seantero dunia, China mengambil inisiatif menganjurkan pertunjukan fesyen khas ‘bertemakan’ pandemik.

Uniknya, penampilan barisan model yang mengatur langkah di atas pentas tersebut tidak seperti kebiasaan.

Tubuh mereka tidak dibaluti gaun rekaan ekstravaganza ataupun dres musim panas material mewah, sebaliknya menyarungkan peralatan perlindungan diri (PPE).

image is not available

Jika sebelum ini masyarakat sentiasa melihat barisan hadapan petugas kesihatan memakai PPE warna putih dan biru, namun pada Minggu Pertunjukan Fesyen China-Dandong pengilang di negara itu telah mereka sut bermacam-macam rona dan desain.

Difahamkan, koleksi sut PPE terbabit bakal dieksport ke negara-negara luar bagi membantu melindungi petugas kesihatan yang bertugas di unit Covid-19

“Kami sentiasa menambahbaik kualiti PPE dari segi material dan fiber yang digunakan.

“Biarpun sut PPE terbaharu lebih tebal, tetapi mutu keselesaannya lebih baik berbanding keluaran sebelum ini.

“Ini bermakna, kumpulan doktor yang menyarungkan PPE berkenaan tidak terlalu lencun dan berpeluh,” jelas Penerbit Peralatan Perubatan, Yu Wenfu dalam satu temu bual yang turut memberitahu PPE terbabit kalis air dan antistatik.

image is not available
MINGGU Pertunjukan Fesyen China-Dandong baru-baru ini menampilkan sut PPE variasi rona dan desain moden.

Artikel berkaitanTopeng muka rekaan moden item fesyen popular masa kini

Berdasarkan laporan South China Morning Post, pada tahun ini China mengeksport kelengkapan PPE bernilai lebih A$70 bilion (RM285 bilion ).

Dalam perkembangan sama, pada acara fesyen itu sut pelindungan untuk petugas penyelamat kebakaran dan tukang pembersih juga dipamerkan.

Sut nuansa biru gelap, biru terang dan merah itu hadir dalam konsep seluar dan jaket serta topi yang dilengkapi pelindung muka (face shield).

image is not available

 

Sumber: South China Morning Post dan Canva

The post Pertunjukan fesyen tema pandemik di China, model sarung PPE jadi perhatian appeared first on Sinar Plus.