Astro Tidak Lagi Menawarkan Kandungan Disney – Pelancaran Disney+ Semakin Hampir?

TechnologyDigital
11 Dec 2020 • 8:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pasti ramai di kalangan pembaca Amanz yang menantikan pelancaran Disney+ di Malaysia. Kemungkinan ini berlaku semakin hampir selepas LowYat.net melaporkan Astro tidak akan lagi menawarkan saluran Disney bermula 1 Januari 2021.

image is not available

Kids Pack yang ditawarkan oleh Astro kini tidak lagi mengandungi Disney XD, Disney Channel HD dan Disney Junior HD. Sebelum ini beberapa negara lain, penarikan saluran mereka dari perkhidmatan kabel tempatan dilakukan sejurus sebelum Disney+ dilancarkan. Tambah menarik menurut LowYat, penarikan saluran milik Disney juga berlaku di ke seluruh rantau Asia Tenggara dan bukan terhad kepada Astro.

Setakat inim Disney+ hanya boleh diakses pengguna Indonesia selepas ia ia dilancarkan Ogos lalu. Pelantikan Ahmad Izham Omar sebagai ketua kandungan Asia Tenggara hanya beberapa minggu lalu adalah antara petanda Disney+ akan dilancarkan. Sebagai antara insan yang menanti perkhidmatan ini, kami tidak dapat bersabar lagi.