Sekali Lagi Rekaan Galaxy Buds Pro Tertiris – Kali Ini Berwarna Perak

TechnologyDigital
7 Dec 2020 • 12:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Galaxy Buds Live adalah Galaxy Buds generasi baharu dengan rekaan “kacang” dan juga sokongan pembatalan hingar aktif. Tetapi nampaknya, rekaan ini mungkin tidak menarik perhatian ramai dan Samsung dikatakan tidak lagi akan menggunakan rekaan ini pada generasi baharu Galaxy Buds akan datang.

image is not available

Galaxy Buds generasi baharu dikatakan akan menggunakan nama Galaxy Buds Pro. Dari segi rekaan, Galaxy Buds Pro menggunakan jenis dalam telinga dan tidak lagi seperti Buds Live. Elemen rekaan serta kemasan dari Buds Live turut digunakan seperti berkilat kesemuanya dengan satu warna sahaja dan tidak lagi dua warna seperti Buds+. Melalui rekaan yang tertiris sebelum ini, versi warna ungu diperlihatkan.

image is not available

Terkini, warna perak pula telah diperlihatkan. Sama seperti warna ungu sebelum ini, pod pengecasan dengan warna dan rekaan sama turut diperlihatkan. Semasa Galaxy Buds Live dilancarkan, hanya warna gangsa, hitam, putih, merah dan biru sahaja ditawarkan. Warna ungu dan perak seperti ini belum lagi. Galaxy Buds Pro akan dilancarkan bersama-sama dengan Samsung Galaxy S21 tidak lama lagi.