YouTube Menghadapi Masalah Untuk Diakses

TechnologyDigital
14 Dec 2020 • 7:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemaskini : Perkhidmatan YouTube kini telah kembali beroperasi seperti biasa.

YouTube, salah satu perkhidmatan perkongsian video terbesar di dunia, kini menghadapi masalah untuk diakses.

image is not available

Buat masa ini, laman dan saluran YouTube menghadapi masalah untuk diakses. Namun, pengguna masih boleh menonton video yang sedia diembed ke laman web lain. Tetapi, sekiranya pengguna ke URL khusus video berkenaan, kandungan berkenaan masih tidak boleh diakses.

Pihak YouTube masih belum mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini.