Bekalan air 38 kawasan di Sabak Bernam pulih sepenuhnya

17 Dec 2020 • 8:56 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 17 DIS: Bekalan air 38 kawasan di wilayah Sabak Bernam yang terjejas berikutan kerja penggantian dan pemasangan injap pulih sepenuhnya jam 2 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual berkenaan.

“Pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan melalui medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com,” kata Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri.

Pada 11 Disember, agensi itu memaklumkan gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja penggantian dan pemasangan injap di Jalan Besar Belia dan Parit 13, Sungai Panjang, Sabak Bernam.

Kerja penggantian dan pemasangan injap itu bermula jam 10 pagi semalam dan selesai jam 8 malam tadi.

The post Bekalan air 38 kawasan di Sabak Bernam pulih sepenuhnya appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved