Aplikasi Perakam Suara Google Kini Menyokong Mikrofon Luaran

TechnologyDigital
8 Dec 2020 • 12:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semasa Google Pixel 4 dilancarkan, aplikasi perakam serba baharu turut diperkenalkan. Aplikasi ini bukan sahaja boleh merakam suara, tetapi cukup pintar untuk menghasilkan transkrib dari audio yang dirakam dan kemudian pengguna boleh terus membuat carian pada bar carian dan mencari bahagian yang spesifik.

image is not available

Terkini, Google mengemaskini aplikasi perakam suara mereka untuk menyokong penggunaan mikrofon luaran pula. Sebaik sahaja pengguna menambat set fon telinga atau apa jua aksesori audio yang ada mikrofon atau mikrofon profesional – aplikasi perakam suara ini boleh mengesan dan pengguna boleh memilih sama ada menggunakan mikrofon dari peranti atau luaran.

Mikrofon pada peranti Pixel 4 sudah pun cukup baik. Dengan pilihan boleh menggunakan mikrofon luaran, audio kelak boleh dirakam dengan kualiti yang lebih baik dan pengguna boleh sahaja menggunakan peranti untuk membuat rakaman ringkas dan boleh dijadikan sebagai alternatif kepada peralatan profesional.

Muat Turun Aplikasi “Recorder” Di Play Store