Ini Tips Mudah Cari Seluar Jeans Tanpa Ke Fitting Room [Video]

Women's Fashion
30 Dec 2020 • 8:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Bagi mereka yang shopaholic pasti tidak sabar nak shopping kan, memandangkan sekarang ini banyak kedai-kedai yang sedang membuat sales sempena hujung tahun ini.

Berbanding kaum lelaki, kaum wanita semestinya tidak keruan apabila setiap kali melihat perkataan ‘sales’ atau ‘discounts’ yang terpapar di cermin kedai tersebut.

Bahkan, setiap kali jualan langsung diadakan pasti bilik persalinan akan menjadi penuh hingga terpaksa beratur untuk menunggu giliran.

Untuk memudahkan pencarian korang terutamanya yang sedang mencari seluar jeans itu bolehlah baca tips kami ini. Tips yang kami kongsikan ini adalah untuk memudahkan korang mencari seluar jeans tanpa perlu ke fitting room.

Haa, macam mana? Jom ikuti kami kalau nak tahu lebih lanjut!

CARA UKUR LEBAR SELUAR JEANS YANG BETUL DI PINGGANG

@billiexnewland

Finding your #perfect pair of #jeans is now a breeze!👖#tiktokfashion #styletips #fashionhacks #hack #moreyouknow #viral #tutorial #lifehack #fyp

♬ original sound – Billie Newland

Langkah 1:

image is not available
Kredit: TikTok/ @billiexnewland

  • Pilih sepasang seluar jeans dan masukkan lengan korang ke dalam pinggang seluar.
  • Sekiranya terdapat jurang yang besar antara siku, tangan dan juga hujung seluar jeans, itu bermaksud ianya terlalu besar untuk korang.

Langkah 2:

image is not available
Kredit: TikTok/ @billiexnewland

  • Jika lengan bawah korang tidak muat di dalam pinggang seluar bermaksud seluar itu terlalu kecil untuk korang pakai.
  • Kalau korang terjumpa seluar yang memuatkan siku dan lengan korang sepenuhnya di bahagian pinggang, itu bermaksud korang dah jumpa saiz ukuran yang sempurna untuk diri korang sendiri.

MACAM MANA NAK TAHU PANJANG ATAU PENDEK SELUAR JEANS YANG BETUL

@billiexnewland

Find your #perfect #jeans length! No guesswork!👖 #fashionhacks #tiktokfashion #lifehack #hack #tutorial #styletips #moreyouknow #fyp #viral

♬ original sound – Billie Newland

Langkah 3:

image is not available
Kredit: TikTok/ @billiexnewland

  • Macam mana korang nak tahu kalau ukuran seluar jeans korang tidak terlalu besar ataupun senteng?
  • Korang ambil seluar jeans dan rentangkan di bahagian lebar kedua tangan korang.
  • Jika ketika korang meregangkannya dan ia melepasi hujung jari korang bermaksud seluar itu terlalu panjang.

Langkah 4:

image is not available
Kredit: TikTok/ @billiexnewland

  • Sekiranya siku korang melengkuk bermaksud ia terlalu pendek untuk kaki korang.

Langkah 5:

image is not available
Kredit: TikTok/ @billiexnewland

  • Seluar jeans yang perlu diperhatikan adalah yang membolehkan korang memanjangkan lengan dengan selesa

Haa… Macam mana dengan perkongsian kami ini? Lepas ini senanglah korang dah tak perlu beratur dekat bilik persalinan lagi sebab korang dah jumpa saiz yang tepat untuk seluar jeans. Perkongsian ini dibuat oleh seorang wanita iaitu Billie di aplikasi TikTok miliknya.