Skuad Pantas LUAS ronda lembangan sungai, elak pencemaran air

LocalEnvironment
3 Dec 2020 • 10:56 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 3 DIS: Skuad Pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menggunakan kaedah rondaan 24 jam dan pemantauan statik bagi mencegah pencemaran sumber air negeri ini.

Agensi itu dalam kenyataan berkata rondaan meliputi kawasan sensitif di lembangan sungai utama yang membekalkan sumber air iaitu Sungai Selangor dan Sungai Langat.

Menurutnya, kaedah pemantauan statik pula melibatkan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri melalui pembekalan kabin.

“Ia dilengkapi kemudahan infrastruktur oleh pihak berkuasa tempatan dan Pengurusan Air Selangor. Pemantauan statik akan lebih berkesan di kawasan strategik berisiko yang dikenal pasti,” maklum LUAS.

Menurutnya, pensampelan berkala seperti kajian kebersihan di lembangan sungai juga akan dilaksanakan bagi memantau status kualiti air.

LUAS turut berazam untuk memastikan insiden pencemaran dikekang dan ditangani segera agar loji rawatan air beroperasi sebaiknya bagi mengelak gangguan bekalan.

“Oleh itu, kami menyeru semua individu prihatin terhadap kawasan sensitif sumber air negeri terutama sungai dan laporkan sebarang aktiviti mencurigakan,” kata agensi itu.

The post Skuad Pantas LUAS ronda lembangan sungai, elak pencemaran air appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved