Bas Smart Selangor guna ‘Tap to Ride’ hujung bulan ini

5 Dec 2020 • 2:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PUCHONG, 5 DIS: Bas Smart Selangor dijangka menggunakan sistem ‘Tap to Ride’ bermula hujung bulan ini, kata EXCO pengangkutan awam.

Ng Sze Han berkata dua laluan bas akan dijadikan projek perintis untuk menguji keberkesanan sistem berkenaan.

“Kita belum putuskan sama ada penumpang menggunakan kad pengenalan atau aplikasi khas bagi sistem ‘Tap to Ride’,” katanya selepas mengagihkan kalendar 2021 kepada orang ramai di pasar pagi Puchong Jaya hari ini.

Beliau berkata kaedah sesuai bakal ditentukan Smart Selangor Delivery Unit tidak lama lagi.

Aplikasi ‘Tap to Ride’ membolehkan pengguna membayar tambang melalui kad atau mengimbas kod QR. Warganegara pula hanya menunjukkan kad pengenalan untuk menaiki bas secara percuma.

Usaha itu selaras hasrat mewujudkan masyarakat Selangor tanpa tunai serta ke arah Negeri Pintar menjelang 2025.

The post Bas Smart Selangor guna ‘Tap to Ride’ hujung bulan ini appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved