Kajian: Covid-19 dikesan dalam air kumbahan tiga minggu sebelum bergejala

10 Dec 2020 • 12:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

CANBERRA, 10 DIS: Satu kajian di Australia mendapati ujian air kumbahan dapat mengesan Covid-19 beberapa minggu sebelum seseorang yang dijangkiti mengalami gejala.

Menurut agensi berita Xinhua, kajian yang diterbitkan Pertubuhan Penyelidikan Ilmiah dan Industri Komanwel (CSIRO) dan University of Queensland pada Khamis, menunjukkan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan Covid-19, boleh dikesan pada air kumbahan tiga minggu sebelum kes ditemui menerusi ujian klinikal.

Pasukan itu mengesan genetik virus tersebut dalam sampel air kumbahan yang dikumpulkan di Brisbane, Australia, pada akhir Februari, tiga minggu sebelum kes klinikal pertama di bandar ini dilaporkan.

Penyelidik berharap penemuan itu dapat membantu pihak berkuasa menghindari sekatan pergerakan meluas pada masa depan sebaliknya hanya tertumpu di kawasan virus itu dikesan dalam air kumbahan, tambah Xinhua.

-BERNAMA

The post Kajian: Covid-19 dikesan dalam air kumbahan tiga minggu sebelum bergejala appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved