MOT Beri Pengecualian, Tak Perlu ‘Renew’ Lesen & Cukai Jalan Dari 1 Februari Hingga 31 Mac

29 Jan 2021 • 8:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Kerajaan kembali memperkenalkan pengecualian untuk pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen  Memandu Kompeten (CDL) bagi mereka yang tamat yang tempoh sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) 2.0

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dalam satu kenyataan berkata, pengecualian yang diberikan kepada semua negeri PKP kecuali Sarawak itu akan bermula 1 Februari sehingga 31 Mac ini.

Jelas beliau, langkah itu sejajar dengan pematuhan  prosedur  operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha  mengelakkan kesesakan di tempat awam, sama seperti yang dilakuan sewaktu PKP 1.0 pada 25 Mac hingga 30  September tahun lalu.  

image is not available
Foto : The Star

“Bagaimanapun, para pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan (e-cover note insurans) mereka kepada anggota penguat kuasa trafik sekiranya diminta.

“Pemegang LKM dan CDL yang telah atau bakal tamat tempoh hendaklah  memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tempoh  pengecualian diberikan iaitu sehingga 30 April ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

image is not available

Tidak termasuk kenderaan perdanganan & lesen vokasional

Tambah kenyataan itu lagi, pengecualian ini bagaimanapun tidak termasuk lesen vokasional (GDL & PSV) dan kenderaan perdagangan memandangkan perkhidmatan  pembaharuan yang berkaitan mereka dibenarkan di bawah Jadual  Perkhidmatan Perlu merujuk kepada Jadual Peraturan 3,  Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di  Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021.  

Justeru mereka yang berkenaan masih boleh melakukan pembaharuan di di semua kaunter atau pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak di sepanjang tempoh PKP.  

“Semua pusat pemeriksaan kenderaan Puspakom juga adalah beroperasi  bagi tujuan menyediakan perkhidmatan berkaitan pembaharuan ini.