Samsung Galaxy S21 Turut Menerima Kemaskini Pertama – Menawarkan Pengalaman Penggunaan Lebih Stabil

TechnologyDigital
19 Jan 2021 • 4:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S21 adalah siri peranti mercu terbaru Samsung untuk tahun ini. Ia dijana dengan cip pemproses Exynos 2100, rekaan Contour Cut Design, skrin 120Hz adaptif, sokongan S-Pen pada S21 Ultra dan banyak lagi fungsi dan ciri menarik. Peranti ini sudah pun boleh di pra-tempah di Malaysia pada harga bermula RM3,699.

image is not available

Baru-baru ini, Samsunng mula mengedarkan kemaskini sistem pertama untuk peranti ini. Kemaskini ini menambah baik prestasi kamera, sambungan WiFi yang lebih seimbang, imbasan cap jari yang lebih pantas, sistem yang lebih stabil dan tampalan sekuriti Januari 2021. Kemaskini ini hadir dalam beberapa variasi mengikut model S21 tertentu, untuk versi ini ia adalah G998BXXU1AUA4/G99BOXM1AUA4/G998BXXU1AUA4.

Saiz muat turun kemaskini adalah 1015.31MB, iaitu menghampiri 1GB. Sebentar tadi, Galaxy Buds Pro turut menerima kemaskini, di mana keseimbangan audio fon telinga kanan dan kiri ditambah baik.