Sony Xperia 10 II Menerima Kemaskini Android 11

TechnologyDigital
28 Jan 2021 • 11:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony Xperia 10 II adalah peranti kelas pertengahan Sony yang dijana dengan cip Snapdragon 665. Ia juga hadir dengan skrin 6-inci OLED, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Peranti ini dijual pada harga RM1,799 dan menerima diskaun RM1,299. Peranti ini dilihat tidak begitu berbaloi untuk dimiliki, kerana ada lebih banyak peranti yang lebih berkuasa pada harga yang lebih kurang sama.

Terkini, Sony mula mengedarkan kemaskini Android 11 untuk peranti ini. Versi kemaskini adalah 59.1.A.0.485 dan hadir dengan tampalan sekuriti Disember 2020. Saiz kemaskini adalah sekitar 1GB, tetapi Sony tidak kongsi senarai log perubahan. Memandangkan peranti Sony menjalankan sistem operasi yang menghampiri Android asli, ciri dan fungsi seperti sekuriti yang lebih baik, kawalan notifikasi, akan ditawarkan.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved