Realme C20 Tertiris – Dikatakan Sokong Cip MediaTek Helio G35 Dan Satu Kamera Di Belakang

TechnologyDigital
19 Jan 2021 • 5:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme dilihat sekali lagi cuba melangkau penjenamaan untuk peranti di bawah siri C mereka. Kali ini, ia dilihat terus ke Realme C20 pula. Memetik beberapa sumber peranti ini sebenarnya telah ditemui tersenarai di laman pensijilan NBTC Thailand.

Kemudiannya, ia kini dikatakan telah mula tersenarai pula menerusi kedai atas talian di Vietnam – sekaligus memperlihatkan rekaan dan spesifikasi penuh pada peranti.

image is not available

Jika diteliti, rekaan yang digunakan pada Realme C20 tidak jauh bezanya dengan sejumlah model di bawah siri Realme C sebelum ini – iaitu Realme C15, Realme C12 dan Realme C11. Modul kamera utama juga masih berbentuk segi empat sama. Tetapi, penawaran dari segi lensa adalah berbeza. Di mana, Realme C20 hanya dibekalkan lensa utama tunggal.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Realme C20 dilengkapi paparan berukuran 6.5-inci IPS LCD dengan resolusi HD+. Ia juga menggunakan cip yang sama dengan ketiga-tiga peranti yang tersenarai melalui janaan cip Mediatek Helio G35. Melengkapinya juga adalah memori 2GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 10W.

Seterusnya, ia membawakan sokongan lensa utama tunggal 8-Megapixel, sementara kamera swafoto pula sebesar 5-Megapixel. Difahamkan, peranti ini hanya akan diperkenalkan untuk sejumlah pasaran Asia sahaja. Tetapi, tarikh pelancaran peranti masih menjadi tanda tanya.