Kini, Sudah 5 Tahun Sejak Netflix Ditawarkan Di Malaysia

TechnologyDigital
7 Jan 2021 • 6:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada 7 Januari 2016 yang lepas, Netflix telah memperkenalkan perkhidmatan penstriman video mereka secara rasminya untuk pengguna di Malaysia. Ketika pengenalan, perkhidmatan Netflix ditawarkan pada harga bermula RM33, dan sejak daripada itu, pelbagai perubahan telah berlaku.

Kini, selang 5 tahun, perkhidmatan Netflix boleh didapati pada harga bermula RM17 sebulan, dan mencapai pakej berharga RM55 untuk mereka yang inginkan resolusi 4K.

image is not available

Disamping itu, kini terdapat lebih banyak kandungan melalui platform berkenaan – termasuk kandungan berbahasa Malaysia. Tidak cukup dengan itu sahaja, Netflix juga menawarkan sokongan sari kata bahasa Malaysia, selain paparan pemuka mereka dalam bahasa Malaysia.

image is not available

Dari tahun ke tahun, Netflix turut telah menambah sejumlah ciri-ciri, termasuk kemudahan muat-turun pada peranti mudah-alih, kemudahan melihat kandungan popular di Malaysia, dan lain-lain.

Bagi anda sendiri, bilakah anda mula menggunakan Netflix? Adakah anda telah melanggan Netflix dari hari pertama ia diperkenalkan di Malaysia?