Akaun Facebook Dan Instagram Donald Trump Digantung 24 Jam

TechnologyDigital
7 Jan 2021 • 1:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdahulu kami melaporkan Twitter telah mengunci akaun milik Presiden Trump selama 12 jam kerana memuat naik status dan video yang menggalakkan rusuhan dilakukan di Washington. Beberapa status berunsur hasutan juga telah dipadam. Kini Facebook dan Instagram turut mengambil langkah yang sama.

Facebook dan Instagram lebih berani dan menggantung akaun Trump dari memuat naik status baharu selama 24 jam. Tindakan diambil bagi memastikan ketenteraman di Washington selepas penyokong beliau menyerang Bangunan Capitol bagi menghalang Joe Biden diisytiharkan pemenang pilihanraya presiden yang berlangsung November lalu.

Ini adalah kali pertama platform media sosial utama berani mengambil tindakan ke atas Trump walaupun beliau berkali-kali melanggar terma dan syarat laman mereka sejak 2016.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved