Gempa bumi kuat landa Sulawesi, tidak ancam Malaysia

15 Jan 2021 • 9:46 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 143 kilometer (km) barat dari Palopo, Indonesia dengan kedalaman 27km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

The post Gempa bumi kuat landa Sulawesi, tidak ancam Malaysia appeared first on Selangorkini.