Instagram Shuk Sahar Diserang Netizen, Isteri Dakwa Suami Kembali Curang?

23 Jan 2021 • 12:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post Instagram Shuk Sahar Diserang Netizen, Isteri Dakwa Suami Kembali Curang? appeared first on Lobak Merah.

Sejak awal pagi tadi, kecoh apabila isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal, Shuk Sahar tampil mendedahkan rahsia rumah tangga mereka yang sudah lama dipendam.

Isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih mesra dipanggil dengan nama Sera ada memuat naik beberapa gambar serta luahan hati di laman Instagram berkenaan kelakuan curang suaminya.

Dedah Sera dalam satu hantaran, dia selama ini hanya mendiamkan diri sahaja kerana mahu menjaga aib keluarga, namun kesabarannya kini tidak mampu dibendung lagi. Sera turut mendedahkan nama wanita yang mengganggu rumah tangganya, yang dikenali sebagai Farah.

image is not available

Dalam satu hantaran lain, Sera ada pergi ke kediaman wanita tersebut untuk mencari suaminya, namun dia dibiarkan begitu sahaja di hadapan rumah tersebut. Jelas Sera berasa kecewa dengan sikap suaminya itu, memandangkan mereka sudah lama berumah tangga dan mempunyai anak.

image is not available

image is not available

Tidak cukup dengan itu, Sera turut mendedahkan dia telah dimaki oleh wanita tersebut dengan panggilan yang kasar. Dia juga ada cuba untuk menghubungi Shuk, namun tidak berjaya selepas suaminya mematikan telefon.

image is not available

Sehingga ke saat ini, Shuk masih belum memberi apa-apa penjelasan buat dirinya. Namun hasil tinjauan di laman Instagram bekas peserta Raja Lawak itu mendapati ruangan komen sudah pun dipenuhi dengan makian dan kecaman daripada netizen.

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat pasangan manis ini.

BACA: ‘Tuhan nak tunjuk sekejap je’ – Sajat Kantoi Curang Dengan Coach Yin, Sekarang Ada BF Baru Dari Lebanon?

image is not available

The post Instagram Shuk Sahar Diserang Netizen, Isteri Dakwa Suami Kembali Curang? appeared first on Lobak Merah.