SKMM Menggantung Perkhidmatan Talian Khidmat Pelanggan Dan Kaunter Aduan Di Semua Pejabat Kerana Covid-19

TechnologyDigital
11 Jan 2021 • 1:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia hari ini mengumumkan penggantungan operasi perkhidmatan talian khidmat pelanggan dan kaunter aduan di semua pejabat mereka akibat peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia. Penggantungan bermula hari ini sehinggalah ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Ini bermakna talian 1800 188 030 yang boleh digunakan untuk aduan tidak akan beroperasi. Tetapi orang ramai yang ingin menyalurkan aduan mereka masih boleh menghubungi SKMM menerusi portal aduan (https://aduan.skmm.gov.my), emel (aduanskmm@mcmc.gov.my)dan WhatsApp (016 2206262). Pihak SKMM mengesali kesemua kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai sepanjang tempoh penggantungan operasi ini.