Ode Jee – Perkhidmatan Penghantaran Makanan Yang Turut Mengkhususkan Kepada Makanan Mesra Muslim

TechnologyDigital
20 Jan 2021 • 1:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saban hari, semakin banyak perkhidmatan penghantaran makanan yang mengkhususkan kepada makanan mesra Muslim mula diperkenalkan di Malaysia. Sehingga ke hari ini, terdapat pelbagai pilihan yang tersedia seperti OdaMakan,  Fastrexs, Lapar dan sebagainya. Terkini, Ode Jee juga dilihat turut sertai pasaran berkenaan.

image is not available

Perkhidmatan ini turut mempunyai fokus yang sama – di mana menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang halal serta mematuhi hukum syarak. Buat masa ini, perkhidmatan Ode Jee beroperasi di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya. Selain, akan diperluaskan secara berperingkat dan dijangka beroperasi sepenuhnya di seluruh Johor menjelang akhir Januari ini.

image is not available

Bagi anda yang menetap di sekitar Johor Bahru dan berdekatan, aplikasi perkhidmatan ini kini sudah boleh dimuat-turun menerusi Google Play . Bagaimanapun, ia dilihat belum tersedia untuk pengguna iOS tetapi anda masih boleh membuat tempahan menerusi laman sesawang mereka.

Muat turun Google Play : Ode Jee