Gempa bumi sederhana landa Indonesia, Malaysia tidak terkesan

16 Jan 2021 • 8:34 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 7 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 132 kilometer (km) timur dari Bitung, Indonesia dengan kedalaman 83km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

The post Gempa bumi sederhana landa Indonesia, Malaysia tidak terkesan appeared first on Selangorkini.