Samsung Galaxy S21 Boleh Mengubah Latar Belakang Ketika Membuat Panggilan Video Zoom, Google Duo, Dan Banyak Lagi

TechnologyDigital
29 Jan 2021 • 10:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S21 adalah siri peranti mercu yang menarik. Ia adalah peranti yang dijana dengan cip Exynos 2100, menggunakan rekaan yang unik Contour Cut Design, menyokong S-Pen, kadar segar semula tinggi 120Hz adaptif dan banyak lagi.

image is not available

Samsung sejak kebelakangan ini semakin rapat dengan Google dengan banyaj mengintegrasikan pengalaman penggunaan Android asli ke dalam One UI 3.0. Samsung juga antara yang terawal menerima ciri dan fungsi baharu Android selepas Pixel. Terkini, peranti Samsung Galaxy S21 dilihat menerima sokongan menukar gambar latar belakang ketika membuat panggilan video Zoom, Microsoft Teams, Google Duo dan Webex.

Untuk menggunakan fungsi ini pergi ke Settings > Advanced features > Video call effects. Pengguna akan mempunyai pilihan tukar imej, warna atau mengaburkan latar belakang. Ada aplikasi yang sudah menyokong fungsi ini secara natif, tetapi fungsi ini mengaktifkan kepada aplikasi yang tidak menyokong secara terus dari sistem Samsung sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved