SKMM Akan Memberikan Respon Dalam Tempoh 24 Jam Untuk Aduan Masalah Sambungan Jalur-Lebar

TechnologyDigital
28 Jan 2021 • 5:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini mengatakan mereka akan memberikan respon dengan menghantar pegawai ke kawasan yang menghadapi masalah sambungan internet, dalam tempoh 24 jam daripada aduan diterima.

Menurut SKMM, selepas menerima aduan, mereka akan memaklumkan kepada penyedia perkhidmatan, dan dalam tempoh tiga hari selepas itu, penyedia perkhidmatan perlu melaporkan kembali kepada pihak SKM.

Sekiranya gagal, penyedia perkhidmatan berkenaan akan melanggar terma kualiti perkhidmatan, yang membolehkan SKMM untuk menyaman mereka.

Bagi para pengguna yang menghadapi masalah rangkaian atau internet jalur-lebar, anda digalakkan membuat aduan melalui portal SKMM.