Kes harian Covid-19 kekal lebih 3,000, aktif boleh jangkit 35,253

15 Jan 2021 • 6:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 15 JAN: Kes baharu Covid-19 kekal empat angka apabila 3,211 kes direkodkan hari ini iaitu turun sedikit berbanding semalam 3,337 kes menjadikan jumlah keseluruhan 151,066 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 1,939 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih wabak itu 115,227.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 35,253 kes.

“Sebanyak lapan kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 586,” katanya pada kenyataan media harian perkembangan Covid-19.

Beliau berkata terdapat 204 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 87 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

image is not available

The post Kes harian Covid-19 kekal lebih 3,000, aktif boleh jangkit 35,253 appeared first on Selangorkini.