Skrin Samsung Galaxy S21 Menyokong 120Hz Pada Resolusi WQHD+

TechnologyDigital
5 Jan 2021 • 4:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu satu kekurangan paling nyata pada kesemua peranti Samsung ialah tiadanya sokongan 120Hz pada resolusi tertinggi WQHD+. Ini adalah sedikit mengecewakan kerana Oppo Find X2 Pro yang menggunakan panel Samsung tidak mempunyai masalah menyokongnya. Pada Samsung Galaxy S21, isu ini tidak akan berulang untuk kali kedua.

image is not available

Menurut ciapan Ice Universe, skrin tetapan Galaxy S21 telahpun tertiris dan ia mengesahkan sokongan 120Hz pada resolusi tertinggi WQHD+. Ini amatlah diperlukan bagi memberikan ciri setara dengan pengeluar lain.

Tahun lalu terdapat ura-ura sokongan akan diberikan pada S21 Ultra dan Note20 Ultra namun sehingga kini ia tidak berlaku. Sebagai pengeluar panel telefon pintar dan pengeluar peranti terbesar dunia, Samsung tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak menyertakan sokongan ini pada peranti mereka.