‘Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga…’ – Shuk Sahar akui kesilapan

Entertainment
27 Jan 2021 • 11:26 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SELEPAS beberapa hari mendiamkan diri, pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar tampil mengakui kesilapan yang dilakukan.

Bahkan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar tidak menafikan bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang keruh, namun sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan semula keluarganya.

“Setiap orang melakukan kesalahan… dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.

“Ya, bukan senang dan bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang telah keruh.

“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya,” luahnya menerusi Instagram miliknya.

image is not available
Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Shuk turut berkongsi video yang menyaksikan dia bertemu dengan dua permata hatinya, Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimy, 2 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝑯𝒐𝒕𝑭𝑴 𝑫𝑱 𝑨𝒏𝒏𝒐𝒖𝒏𝒄𝒆𝒓 (@shuk_hotfm)

Rata-rata pengikut Instagramnya termasuk rakan selebriti turut memberi kata-kata semangat dan ada yang berharap Shuk benar-benar belajar daripada kesilapannya.

Baca Juga ‘Life Must Be Go On…’ – Isteri Shuk Kekal Positif, Kuat

Terdahulu kisah rumah tangga penyampai radio itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera mendedahkan kecurangannya bersama wanita lain menerusi media sosial pada Sabtu lalu.

Akibat daripada pendedahan itu, ramai mendesak agar khidmat Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung.

Dan pada Isnin lalu, Hot FM memaklumkan Shuk digantung serta merta buat sementara waktu.

image is not available
Tugas Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung serta merta sejak Isnin lalu.

Baca Artikel berkenaan di sini Shuk Sahar Digantung Perkhidmatan Sebagai Penyampai Hot FM

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 di  Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

The post ‘Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga…’ – Shuk Sahar akui kesilapan appeared first on Sinar Plus.