Mahkamah tetap berfungsi ketika darurat – PM

LocalPolitics
12 Jan 2021 • 12:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 12 JAN: Perdana menteri memberi jaminan badan kehakiman terus berfungsi menegakkan hukum dan keadilan sepanjang tempoh darurat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kerajaan akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan tidak akan sekali-kali mencampuri  urusan mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pengumuman Khas Darurat yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan Istana Negara hari ini memaklumkan Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

 

The post Mahkamah tetap berfungsi ketika darurat – PM appeared first on Selangorkini.