Honda ADV150 Akhirnya Dilancar Di Malaysia Dengan Harga RM11,999

Cars
6 Feb 2021 • 11:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Malam tadi, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) menerusi satu sesi Facebook Live telah melancarkan model skuter terbaharu Honda yang menjadi kegilaan anak muda di beberapa negara asia iaitu Honda ADV150 (2021) untuk pasaran tempatan.

ADV150 yang mendapat inspirasi dari X-ADV 750cc, sebelum ini sudahpun dipasarkan di beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura Thailand, malah di pasaran Amerika Syarikat dengan dua varian.

image is not available

Namun agak berlainan dengan negara jiran , ADV150 bagi pasaran tempatan hanya akan hadir dengan satu varian iaitu varian tertinggi yang menggunakan sistem ABS.

image is not available

image is not available

image is not available

Dibawah kami kongsikan spesifikasi ADV 150 (2021) bagi pasaran dalam negara :

  • Dilengkapi enjin eSP patuh Euro4 jenis 4-lejang dengan transmisi automatik (V-matic jenis sentrifugal klac kering). Enjin ini boleh mencapai 14.6hp pada 8,500rpm dengan tork maksimum 13.9Nm pada 6,500rpm
  • Hadir dengan dua warna iaitu Vivacity Red dan Mat Charcoal Gray Metallic.
  • Berdimensi panjang 1,950mm, lebar 763mm dan tinggi 1,153mm, manakala jarak roda 1,324mm
  • Jarak lega bumi 165mm memberikan gaya tunggangan lebih versatil dan mudah dalam pelbagai kondisi rupa bumi.
  • Kapasiti tangki petrol sehingga 8 liter