Bapa Tiri Arwah Adik Amir Rupanya Pernah Didakwa Pukul Isteri Tahun Lepas

4 Feb 2021 • 4:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post Bapa Tiri Arwah Adik Amir Rupanya Pernah Didakwa Pukul Isteri Tahun Lepas appeared first on Lobak Merah.

Bapa tiri adik Zubaidi Amir Qusyairi, kanak-kanak yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, rupa-rupanya pernah didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan memukul isterinya.

Menurut Malay Mail, dia didakwa berbuat sedemikian pada September tahun lepas dan Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali mengesahkan perkara itu.

Pada 8 September 2020, media melaporkan bapa tiri kanak-kanak malang itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan cara memukul bahagian pipi kanan menggunakan tangan.

image is not available

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Krubong Jaya pada 3 September 2020, kira-kira jam 12.30 malam dan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Pihak polis juga kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kes arwah Amir yang mesra dipanggil ‘Adik’ itu dan memohon lanjutan perintah reman lelaki itu bersama ibu kandung mangsa, yang berakhir esok.

Kita mengesahkan memang suaminya pernah didakwa memukul isteri dan pihak polis juga sedang melengkapkan kertas siasatan kes ini.”

Jumaat lepas, rakyat dikejutkan dengan penemuan mayat kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kangdung dan bapa tirinya.

image is not available

image is not available

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Amir didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya namun hasil siasatan awal mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badannya.

Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Jasin, kira-kira 12.40 tengah hari Isnin lepas dan kes kini masih dalam siasatan pihak polis.

Baca: “Babai adik!” – Jenazah Amir Selamat Dikebumi, Sayu Lihat Ibu Angkat Istighfar Sambil Peluk Bantal Busuk

image is not available

Sinar Harian

Facebook

The post Bapa Tiri Arwah Adik Amir Rupanya Pernah Didakwa Pukul Isteri Tahun Lepas appeared first on Lobak Merah.