David Foster timang anak keenam pada usia 72 tahun

Entertainment
26 Feb 2021 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

KOMPOSER dan figura muzik terkenal, David Foster, menimang cahaya mata keenam pada usia 72 tahun selepas isterinya yang juga penyanyi Katharine McPhee, selamat melahirkan anak lelaki pada Khamis.

Menurut wakil jurucakap penyanyi itu, Katharine, 37, dan bayinya kini berada dalam keadaan sihat dan baik.

“Katharine McPhee dan David Poster telah menyambut bayi lelaki yang sihat. Semuanya kini berada dalam keadaan baik,” ujar wakil berkenaan.

Ini merupakan anak pertama pasangan itu. Hasil perkahwinan terdahulu, David mempunyai lima anak perempuan iaitu Erin, Amy, Sara, Allison Jones dan Jordan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2019 selepas kali pertama bertemu pada tahun 2006 menerusi program American Idol musim kelima yang disertai Katharine.

The post David Foster timang anak keenam pada usia 72 tahun appeared first on Sinar Plus.