MB bersama dua pakar bincang ekonomi pascawabak malam ini

23 Feb 2021 • 9:31 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 23 FEB: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari akan bersiaran secara langsung bersama dua ahli ekonomi menerusi forum dalam talian malam ini.

Perbincangan bersama Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram dan Dr Nungsari Ahmad Radhi menumpukan perancangan ekonomi selepas wabak Covid-19 yang boleh diikuti pada jam 8 malam.

Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar yang juga ahli Lembaga Pengarah Media Selangor menjadi pemudah cara forum bertajuk Ekonomi pascapandemik: Ke mana hala tuju?

Dr Jomo seorang ahli ekonomi terkemuka sebelum ini pernah berkhidmat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dr Nungsari berpengalaman selama 30 tahun sebagai ahli akademik dan pernah menjadi Pengerusi Khazanah Research Institute (KRI).

Sementara Johan dikenali umum menjadi hos temu bual bersama pemimpin negara dan dilantik ahli lembaga pengarah agensi media Kerajaan Selangor tahun lalu.

Acara anjuran Media Selangor itu boleh ditonton di Facebook Amirudin Shari dan Media Selangor serta YouTube SelangorTV.

image is not available

The post MB bersama dua pakar bincang ekonomi pascawabak malam ini appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved